Bubble Colour

Bubble Colour
Bubble

Saturday, December 14, 2013

HUKUM MENGUKIR INAI DI TANGAN

HUKUM MENGUKIR INAI

DI TANGAN
Sudah menjadi tabiatnya golongan perempuan, ingin kelihatan cantik dan menawanBerinai juga dilihat sebagai salah satu cara untuk berhias khasnya sewaktu hendak bersandingApakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara`?

Hukum Berinai Bagi Lelaki, iaitu pada dua tangan dan kaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuningBerinai dengan warna hitam adalah haram bagi lelaki.

Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai. Berinai sunat ketika hendak melakukan ihram sama ada perempuan tua atau muda, yang bersuami atau tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. 

Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram. Berinai makruh bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram. Berinai haram dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam. Begitu juga berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.


BERINAI DENGAN MEMBUAT UKIRAN DI TANGAN

Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj `ala Syarh al-Minhaj “Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya”

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Menurut Ibnu Rif`ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan berinai di hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Islam tidaklah melarang umatnya untuk berhias selagi ia selari dengan apa yang disyariatkan. Islam telah memberikan garis panduan tertentu mengenai cara berinai seperti larangan berinai dengan warna hitam dan waktu yang dibolehkan untuk berinai seperti sunat bagi perempuan berinai ketika berihram.



No comments:

Post a Comment